Tuesday, 21 July 2020

Cara Buat Media Tanaman Campur



*CARA – CARA BUAT TANAH CAMPURAN YANG PALING MUDAH*

Terima kasih Tuan Azuan Abdullah.Petang Jumaat lepas sempat la saya ajar anak-anak buat tanah campuran. Ajar cara yang paling mudah dan simple je pada diaorang.

Seronok bukan main la Fatih dan Aqeel bila dapat main dengan tanah dan pasir. Abah suruh gaul guna penyodok tapi diaorang siap gaul dengan tangan lagi. Nasib baik ibunya tak tahu. Hihii.

.

Nisbah untuk buat tanah campuran ini tak ada yang tepat sebenarnya sebab ia bergantung kepada jenis dan tekstur tanah top soil tersebut. Kebiasaan yang selalu saya buat adalah nisbah 2:1:1 dan 1:1:1. 

Yang saya ajar kepada anak-anak pada Jumaat lepas adalah nisbah 2:1:1. Ianya bermaksud 2 bahagian tanah top soil, 1 bahagian pasir dan 1 bahagian bahan organic.

Ini bahan-bahan yang kami gunakan:

1. Tanah top soil

2. Pasir halus (nak guna cocopeat pun boleh)

3. Tinja lembu kering (nak guna bokashi, kompos atau lain-lain bahan organic pun boleh)

4. EM @ Plant Booster.

*Cara-Cara*

1. Ambil 2 bahagian tanah top soil.

2. Ambil 1 bahagian pasir halus

3. Ambil 1 bahagian bokashi @ kompos.

4. Gaulkan ke 3-3 bahan tadi hingga sebati

5. Isikan campuran yang dah siap di dalam bekas tanaman yang kita nak guna. Saya guna tong cat terpakai je.

6. Siram tanah campuran tadi dengan plant booster @ EM. Kadar pencairan adalah 15-20 ml untuk 1 liter air. Saya siram lebih kurang 2 liter untuk satu tong cat.

7. Jika tak ada EM @ Plant Booster, tak jadi masalah. Siram je dengan air kosong. 

8. Biarkan ianya 1 minggu. Lepas 1 minggu dah boleh tanam dengan pokok yang kita suka. 

9. Media campuran yang lebih, saya simpan dalam tong sampah hitam sebagai stok. Tutup dan simpan ditempat redup. 2 minggu sekali siram dengan plant booster. Senang bila nak guna, terus ambil.

10. Pastikan tong cat dan tong sampah tadi ditebuk dibahagian bawah. Jika tak tebuk, tanah campuran kita akan rosak nanti.

** Untuk lebih jelas, sila klik gambar 1-1 sebab disetiap gambar ada keterangannya.

.

Nisbah tanah campuran 2:1:1 ni sesuai untuk semua jenis tanaman kecuali nanas MD2. Untuk nanas MD2, saya guna nisbah 1:1:1.

Kenapa bila berkebun dapur, saya suka guna tanah campuran berbanding media lain.

Sebabnya bila guna tanah campuran, kita boleh jimat air. Tak ingat siram dua hari pun pokok steady jer. Tak layu.

Baja pun boleh jimat juga. Macam pokok di rumah saya, hanya 2 kali seminggu di beri air baja. Jimat tak?

Ajarkan juga ye formulasi ni kepada sahabat yang lain SEBAB mungkin masih ramai yang tercari – cari solusi ini.

Sila like page Sahabat Kebun Anda supaya tak terlepas tips berkebun dapur yang simple dan super mahal nanti.

No comments:

Post a Comment