Tuesday, 21 July 2020

Buat Baja Subur ,Sukatan Siraman Sayuran Daun Sayuran Buah

*Mudahnya Buat Baja Subur!*
Terima kasih Tuan Azuan Abdullah
*Bahan-Bahan*

1. 1 kg baja sebatian NPK

2. 5 liter air bersih

3. Bekas yang sesuai (kapasiti 10 liter). Saya guna tong cat je.

.

*Cara-Cara*

1. Masukkan 5 liter air bersih kedalam bekas.

2. Masukkan baja NPK pilihan (1 kg) ke dalam bekas yang ada air tadi.

3. Kacau @ goncang campuran tersebut.

4. Simpan ditempat redup selama 1 minggu. Elakkan daripada terkena cahaya matahari secara terus.

5. Dalam tempoh 1 minggu peraman, kacau @ goncang 2 - 3 kali campuran tersebut.

6. Lepas seminggu, sedia untuk digunakan. Ianya dipanggil larutan stok

.

*Penggunaan*

1. Setiap kali nak guna larutan stok tadi, pastikan kacau atau goncang terlebih dahulu.

2. Ambil 10 -15 ml larutan stok tadi dicampur dengan 1 liter air, pas tu siram pada pokok sekali seminggu. Nak pokok cantik,siram dua kali seminggu.

3. Bagi pokok sayur daun, kuantiti yang diperlukan lebih kurang 50 - 100 ml sepokok setiap kali siraman.

4. Bagi pokok sayur buah, kuantiti yang diperlukan antara 500 ml – 1 liter sepokok setiap kali siraman.

*Kesesuaian*

1. Sesuai digunakan untuk semua jenis sayur daun seperti sawi, kangkung, bayam, kucai, kubis dan flokoli.

2. Bagi sayur buah, peringkat yang sesuai adalah pada masa tumbesaran pokok hingga nak berbunga. Contoh sayur buah yang sesuai adalah lada solok, cili merah, cilia api, terung, bendi, petola, timun, peria, kacang panjang.

3. Boleh juga digunakan pada tanaman kontan dalam masa 3 minggu lepas tanam. Contoh tanaman kontan yang boleh digunakan adalah tembikai tanpa biji, tembikai kuning, tembikai wangi, labu manis dan jagung.

.

*Tips*

1. Siram pada awal pagi.

2. Tak kisah brand @ jenama apa baja tu,yang penting nisbah NPK nya adalah sama.

3. Hanya sesuai bagi tanaman yang ditanam menggunakan tanah atau tanah campuran sahaja.

4. Baja ini sesuai untuk berkebun dapur sahaja. Jika secara komersil,kos buruh akan tinggi.

5. Jika tanam guna media selain tanah seperti cocopeat dan sekam padi bakar, wajib guna baja Larutan Cooper @ Baja AB.


No comments:

Post a Comment