Saturday, 5 May 2018

Cara Buat Kabinet Dapur Sendiri Step By Step



Selepas dapat kunci masuk rumah secondhand ,benda yang pertama muncul dalam kepala saya adalah nak tukar dapur yang asal kepada yang terkini tapi dengan buat kabinet dapur sendiri daripada asal.


Yerlah, tengok yang asal ruangan dapur , hanya kelihatan satu sinki basuh tangan dan juga satu rak kecil untuk letak dapur gas.Terfikir juga dalam kepala, macam mana lah penghuni rumah sebelum ni basuh pinggan dan periuk harian.Mesti dalam toilet kan.

Ada juga saya buat carian tempahan kabinet dapur di negeri sembilan tapi rata-rata harga untuk spec yang saya nak menjangkau harga 4-5k. Jadi saya plan akan buat sendiri memandangkan saya dah kumpul tools yang diperlukan sebelum ini.

Plan untuk projek diy kabinet dapur ni pertamanya, saya akan buang rak kecil dan singki tu , buat table top konkrit berbentuk L dengan jarak 10 kaki panjang dan lebar 2 kaki, pasang suis baru , ubah piping dan jadikan dinding sesuai untuk memasak.

Ok bila dah buat table top,saya pasang tiles 2 kaki x 2 kaki pada permukaan table tops.Kalau sekarang anda nak ada plan nak buat kabinet, boleh je guna table top yang dah siap di Ikea lepas tu bagitau saya ukuran rumah anda, saya boleh quote kan set harga sederhana based on ur choice.



Cara buat kabinet dapur sendiri dari ruang kecik kepada dapur yang selesa.Kami berikan step by step untuk anda yang ingin jadikan dapur super selesa.Kedai kabinet dapur di negeri sembilan ni kami di Temiang.Kat sana kami beli barang-barang seperti rak pinggan,laminating dan sebagainya.


Untuk struktur rangka kabinet, saya guna blockboard 18 mm yang datang dalam ukuran size 4 kaki x 8 kaki .Kesemua item untuk kabinet dapur saya beli di lokasi sama di Temiang.Anda boleh check website teamstar untuk aksesori dan juga HPL. 

Apa tu HPL ? 


Tu yang alam gambar warna merah dan juga cokelat tu,Nanti kita gam pada permukaan pintu kabinet supaya cantik.


Oleh sebab saya buat sendiri, memang rangka pun dah kukuh sebab saya buat satu-satu tak sambung semua.Untuk tempat letak gas saya kukuhkan lagi lapik bawahnya.



Cara buat kabinet dapur sendiri dari ruang kecik kepada dapur yang selesa.Kami berikan step by step untuk anda yang ingin jadikan dapur super selesa.Kedai kabinet dapur di negeri sembilan ni kami di Temiang.Kat sana kami beli barang-barang seperti rak pinggan,laminating dan sebagainya.

Di sebelah kiri sekali tu tempat letak gas , sebelahnya rak rempah dan sos, rak pinggan dua tingkat yang boleh tolak masuk, rak susun kuali periuk dan sebelah sekali rak bahan kering.


Untuk levelling dan bahagian bawah, saya gunakan penutup rail aluminium untuk kabinet. Untuk kemasan bahagian tepi pula saya tambahkan edging tape untuk lebih halus lagi.Jadi tak nampak la kesan permukaan kayu tu.


Oh ya kabinet dapur ni tak perlu cat dah sebab saya guna blockboard.Sebelah permukaannya memang dah putih.



Cara buat kabinet dapur sendiri dari ruang kecik kepada dapur yang selesa.Kami berikan step by step untuk anda yang ingin jadikan dapur super selesa.Kedai kabinet dapur di negeri sembilan ni kami di Temiang.Kat sana kami beli barang-barang seperti rak pinggan,laminating dan sebagainya.

Untuk pintu kabinet dapur ni, saya guna playwood 16mm.Lepas tu baru gam dengan HPL tadi.
Ok berapa kos buat sendiri kabinet dapur ni ?


Dalam RM1000 .Memang murah buat sendiri tapi sebab saya dah kumpul tools semua.Jadi harganya tu tanpa kos upah , kos tools lagi.

Selepas dah siap semua tampal,ini hasil akhir kabinet dapur saya.



Cara buat kabinet dapur sendiri dari ruang kecik kepada dapur yang selesa.Kami berikan step by step untuk anda yang ingin jadikan dapur super selesa.Kedai kabinet dapur di negeri sembilan ni kami di Temiang.Kat sana kami beli barang-barang seperti rak pinggan,laminating dan sebagainya.

Dah siap cantik dah.Untuk dinding atas saya kemaskan dengan aluminium.Barulah senang lap kesan minyak.


So nanti saya update lagi tools-tools baru saya dan projek baru yang saya tengah buat ya.</>


3 comments:

  1. Boleh dptkn contact number?klik je sini x dpt

    ReplyDelete
  2. Guna gam apa untuk tampal formica tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna Gam CA ataupun Contact Adhesive. Sapu rata dua-dua bahagian.biar kering baru tampal

      Delete