Lama saya tak update di blog ni. Hampir 3 tahun bersarang. Walaupun macam tu, banyak benda saya buat. Daripada rumah subsale, sekarang saya banyak projek DIY di rumah yang baru dibeli.
Jadi bertambahlah alatan DIY.
Yang terbaru, adalah set welding MIG yang saya beli di sebuah kedai yang terletak di Gombak. Yang bestnya, boleh cuba dulu sampai puas hati, dapatkan penerangan dan barulah beli. Rasa yakin.
Nantilah kalau ada masa saya ceritakan lagi bab set welding ni.
Kali ini projek bangku daripada lebihan grill tingkap.
Senang untuk projek mengecat rumah. Saya pentingkan kekemasan, maka untuk pastikan garisan cat lurus di pembahagi dinding, maka terhasillah projek bangku ini. Saya dah ada tangga tapi ketinggian tangga tak mencukupi dan bahaya, maka harus fikir penyelesaian yang lain.
Tiada ukuran tepat sebab saya guna dari lebihan besi sahaja.
Cuma diperkuatkan bahagian struktur untuk menampung 110 kilogram ( berat terkini ).
Jadi aspek keselamatan memang sangat penting. Alhamdulillah lepas diuji semua, hasil binaan sangat kukuh dan tegap. Rasa yakin bila memijakknya dan tapak juga kukuh.
Untuk permukaan atas, saya hanya gunakan lebihan grill tingkap yang tak digunakan selepas bahagian tersebut dah diubah suai.
Banyak benda yang masih perlu dibuat duk bermain dalam kepala saya. Dapur, ruang membasuh, wainscaoting, semua akan dibuat secara DIY. Nanti saya kongsikan di sini.
Sebenarnya malas nak cat sebab tujuan untuk pasang tape, langsir je. Tapi tengok primer dan juga cat hitam ada, maka 1-2 layer lapisan diberikan pada bangku ini.
Kalau perhatikan ada besi yang disambung sebab dah habis. Maka sambung jelah asalkan lengkap dan dapat support rangka.
Dah siap bangku yang akan digunakan dalam banyak projek renovation rumah ini nanti. Kalau anda baca artikel ini dan ada sebarang soalan berkaitan, sila tanya di ruangan komen ya.
Bersambung projek DIY kemudian nanti....
No comments:
Post a Comment