Dah lama dalam kepala saya bercadang nak renovate tandas tunggal sejak rumah second hand ni bertukar tangan. Sejak dapat rumah sekitar beberapa bulan lepas, apa yang saya buat hanyalah tukar mangkuk tandas yang baru tapi masih cangkung.
So dalam April 2018,saya fikir nak renovate tandas untuk keselesaan isteri dan anak yang baru lahir.Terus google dan tengok hasil-hasil rekaan tandas dan sesuaikan dengan apa yang saya nak..Konsep yang saya mahu dalam kepala adalah tandas yang ala-ala hotel.
Bajet dalam RM2.5K-RM3K.
Bajet di atas adalah bajet bahan-bahan dan aksesori tandas.Ini 100% dibuat oleh saya sendiri berseorangan dan pada waktu selepas pulang kerja bermula jam 3 sehingga 7 malam.
Tempoh siap renovate tandas mengambil masa 2 minggu tapi hari kerja dalam 8-9 hari sahaja.Ada hari saya tak sempat buat sebab mesyuarat di tempat kerja dan balik lewat.
Ok untuk tools atau alat kerja yang diperlukan untuk ubahsuai tandas lama kepada berwajah baru ini, saya senarai kan yang penting.
Anda perlukan drill hammer yang berkuasa 700 watt ke atas untuk pecahkan struktur tempat tandas lama dan juga untuk calarkan dinding.
Kenapa perlu calarkan dindinng.Sebab dinding toilet yang berusia 30 thaun lebih ni dah dicat berulang kali, nanti tak lekat jika kita nak pasang tiles sebab simen hanya pegang pada lapisan cat.Andai cat tu tercabut,sekali dengan simen sendiri tercabut. ok faham kan ?
Tools lain drill dinding untuk tebuk lubang pasang aksesori,tukul,air timbang,pemotong tiles,sesiku L dan juga grinder. Yang bestnya, sy beli pemotong tiles tu RM50 sahaja dalam Mudah.my.Second hand.
Bilik air saya ni luasnya 6x5 kaki secara anggaran. Untuk ubahsuai tandas kepada konsep yang saya mahu, sy akan pasang tiles pada dinding dan juga lantai, ubah suai lokasi paip, tambah paip untuk singki,cat baru,tukar pintu kepada jenis B fold design,sorokkan cermin pengudaraan tanpa cabut dan juga penambahan beberapa aksesori yang sedia ada dalam kepala dengan bajet 2.5-3k.
Ok untuk gambaran awal,ini toilet saya.
Oh ya, jangan lupa buang S trap asal yang tandas cangkung sebab tandas duduk dah ada perangkap S dia sendiri.
Kerja ni siap dalam sehari sebab sy perlukan ianya boleh berfungsi memandangkan tandas ni tunggal. Jadi faham-faham la.hee
Di samping tu, sy buat kerja lain iaitu pemasangan tiles dinding untuk proses renovation tandas ni.Saiz tiles sy guna 1 kaki x 2 kaki dan 1 kaki x 1 kaki untuk bahagian tengah. Tiles dipotong dengan angle grinder untuk lubang,bagi masuk dan dengan pemotong tiles untuk pemotongan lurus.
Untuk tampal tiles pada dinding bilik air ni, sy guna simen biasa, simen gam , latex dan air. Anggaran boleh ikut sendiri.Saya campur je 3 bahagian simen biasa dengan 1 bahagian simken gam, air 70% dan latex 30%.
Tujuannya untuk bagi tiles kekal melekat dalam tempoh lama.
Nak ubah suai tandas dengan harga bajet ? Boleh je asalkan anda beli barang yang diperlukan itu ikut bajet anda.
Saya peruntukkan 3 ribu sebab nak hasil yang nampak sedikit mewah. Bila dah siap pasang tiles dinding dan lantai,barulah cat bahagian dinding toilet atas.Warna asas putih 2 layer dan warna hitam.Oh hitam warna fav saya.
Ok untuk aksesori , sy dapatkan di Ikea untuk bidai ,pemegang sabun. Di Homepro untuk cermin dinding, di kedai aksesori bilik air untuk kabinet sudut tandas dan aksesori lain serta kedai hardware.
Ok bila dh siap semua, baru kemaskan dengan tambahkan simen bewarna atau grout pada celah-celah tiles sebelum pasang aksesori.
Ini hasil renovation tandas yang berjaya saya siapkan.
Untuk pintu, sy guna jenis B fold .Dia akan datang ukur dan pasang. Untuk bahagian atas pula sy pilih bidai yang fleksibel dari Ikea .Senang sangat tolak naik dan turun ikut ketinggian kita nak.
Kabinet pada sudut tu tuk simpan stok sabun mandi ,tisu dan juga barang kering lain. |
Di sebelah tandas , rak untuk letak wallet dan hp. Pemegang sabun, berus toilet dan tong sampah juga dari Ikea.
Jadi dengan bajet dalam lingkungan 3k , akhirnya saya dapat realisasikan apa yang saya nak. Kalau upah kontraktor ,kos keseluruhan boleh capai sekali ganda tinggi. Kalau ada sebarang pertanyaan berkaitan , komen pada bahagian dibawah ya.
Jadi kalau anda mahu renovate tandas pada harga murah, boleh la jadikan artikel ni sebagai rujukan. </>
Boleh tnaya..pecah tile tu guna hammer ke pakai rotary hammer drill?
ReplyDeleteHow to contact
ReplyDeleteWs no?
ReplyDeleteTuan pm sya 019-3951356
ReplyDeleteMasa pecah kan mangkuk tandas asal ttp tak lubang,sbb kalau tak mesti batu2 akan masuk ke dlm lubang tu...sy brg semua ada,drell kecik sampai ke besar...nak pecah rumah buat lain pun sy ada lengkap semua...cuma sekarang nak pecahkan utk cari paip utama kumbahan tu sy xnmpk lg...tkt tersumbat...nak psg mangkuk duduk n psg paip sy tahu ukuran semua...mntk admin tolong bg tau ms tebuk last tu nak sambung paip baru mcm mn erk
ReplyDeleteKena tutup. nampak tak dalam gambar tu paip saya dah letak tinggi paipnya. tuk halang dari sisa drill masuk. kalau nak tutup pakai plywood pun xde masalah
DeleteSalam tuan, s trap lama tuang buang tak? kalau tuan tak buang, tandas baru berfungsi tak dengan baik? Atau ade tersumbat?
ReplyDeleteWsalam. tak perlu buang kalau tak tersumbat. Saya x buang sbb x pindah lokasi lain tanda s tu. dah 2 tahun lebih pakai. good as new
Delete