Perkara penting sebelum finishing kayu pine. Hazim bos
Sanding grit 120-150.Sapu dan bersihkan habuk pada permukaan, boleh guna berus plastik halus, penyapu halus atau pun blower angin. Penting untuk melihat kecacatan permukaan seperti mata kayu yang bercalar disebabkan kertas pasir kasar, mudah dilihat kerana bahagian mata kayu pine adalah bahagian kayu yang keras dan padat, boleh nampak garisan halus pada permukaan mata kayu. Perhatikan jika ada lubang-lubang atau mata kayu yang longgar serta permukaan kayu yang sopek/terkoyak. Jika pine, lebih mudah kelihatan tanda lekuk disebabkan hentakkan atau ketukan kayu yg digunakan sebagai pelapik dll.
Dengan sanding grit 150, ada dapat lihat dengan lebih mudah kecacatan tersebut disebab permukaan semakin rata dan tiada bulu-bulu halus kayu.
Kemudian, tutup lubang dengan gam yang dicampurkan dengan habuk kayu sanding dari kayu yang sama.
Biarkan gam kering, sanding semula grid 150 pada semua permukaan termasuklah bahagian gam yang telah kering. Bila telah rata, naikkan grit sanding kepada #220, #280, 320/400, dan yang terakhir grit #500/600.
Jangan sekali-kali langkah grit, contohnya dari 150 terus ke 320. Cara ni akan menyebabkan kerja anda bertambah, kertas pasir akan cepat haus, tenaga lebih diperlukan untuk menekan sander dan garisan halus yang dalam pada mata kayu semasa proses sanding #120 atau proses mengetam tidak akan hilang,malahan akan lebih ketara kelihatan garisan-garisan tersebut.
Lebih malang, apabila anda apply finishing, garisan halus itu akan lebih jelas kelihatan disebabkan minyak/stain kayu akan mudah masuk dan terperangkap dibahagian tersebut.
Semoga bermanfaat!
#softtouchfurniture
#handsrubfinishing
#hazimbos
#temikaiforever
No comments:
Post a Comment