Saya tak nak asyik tunjuk hasil yang cantik tapi nak terangkan KEPENTINGAN SANDING SEALER bagi dapatkan hasil spray cun melecun.
SAFETY FIRST - PAKAI 3M RESPIRATOR DAN FILTER 6003 UNTUK BAU dan FILTER PENAPIS DEBU. SAYANGI PARU-PARU ANDA
Apa itu sanding sealer ?
Lepas anda dah gosok kayu halus mulus,dah rasa cukup cantik,tapi sebenarnya ada lagi liang halus,bulu halus,lubang halus pada permukaan kayu.
FUNGSI SEALER untuk tutup liang halus ,lubang halus dan elakkan cat diserap masuk dalam kayu.
SAYA SUKA GUNA SANDING SEALER WHITE ( warna putih ) sebab lebih puas hati dapat nampak dia masuk ke liang kayu.
Lepas dah spray sanding clear,wajib gosok pakai mesin hingga hampir hilang semua lapisan putih atas ini.
TAK PERLU RISAU. SEALER SUDAH MASUK KE LAPISAN PERMUKAAN KAYU.
Ini layer pertama. Buat 2 layer.
Guna tapak tangan untuk rasa perbezaan kawasan dh gosok dengn tak.
Kalau pakai SANDING SEALER CLEAR ( warna jernih ) turutan dia ialah
Clear 2 layer
Undercoat 2 layer
baru masuk warna
Kalau pakai SANDINY SEALER WHITE ( warna putih ) turutan dia ialah
2 layer SEALER WHITE
Masuk warna
Jimat tak perlu undercoat dh sebab dia dah sekali.
Yang anda tengok ni baru 1st layer.
Dan setiap layer kena gosok.
Baru hasil PREMIUM.
Dan ada 5 layer perlu dibuat selepas ini tak termasuk gosok ringan.
Bukan PREMIUM pada nama sahaja tapi kualiti.
SANDING SEALER DI PASARAN ada banyak brand antaranya ASAHI,DOLPHIN,POLYCURE .
Semua ini yang brand antara kontraktor kabinet guna.
#bensafwandiy
#bensafwaninfoilmu - segala info dan ilmu boleh dicari guna hashtag
No comments:
Post a Comment