Tuesday, 27 April 2021

Cordless Mop Review Ben

 Phewww,suka sangat Mem bila Ben hadiahkan mop cordless ni. Ben cari model yang sesuai. Bukan satu tapak mop tapi dua tapak sekaligus. Tak pentingkan jenama semata-mata tapi mahukan power. So ini model mop Apache Turbo Mop 18v. Ada Sirim ada 2 tahun warranty.


Maksudnya guna bateri 18 volt yang jadikan lebih tahan. Boleh guna hingga 30-45 minit sekali cas Tempoh cas pula 4 jam. 


Ben habiskan ruang tamu ke dapur ni,bateri masih lagi di skala 3. Bateri dari skala 1-3 ya. So sekali cas boleh la guna 3-4 kali di rumah Ben ni. Cukup dah. 


Bila mop cordless ni,tak perlu nak perah apa,nak keringkan semasa guna. Cara guna dia camni. 


Dia datang dengan 2 jenis pad. Pad merah untuk biasa,pad hijau untuk sental lebih kuat. Basahkan pad dulu. Lepas tu perah. 


Tampal pada tapak. Isi air . Boleh isi 250ml air beserta pencuci lantai. Senang. Nak guna picit je butang atas.


Dia akan spray air sewaktu guna. Ketinggian batang mop boleh laras. Boleh berdiri sendiri. So mengemop lah sambil spray.


Untuk keberkesanan maksima. Gabung dengan vacuum. Ben hadiahkan dah Mem cordless vacuum yang power sedutan selain vacuum untuk Ben sendiri. 


Vacuum sebelum,mop lepas tu vacuum selepas. 


Confirm bersinar berkilau bersih la lantai tile rumah macam rumah Ben ni. 


Harga 346 inggit termasuk pos. 


Berbaloi ? Semestinyaa. 


Bila ada kelengkapan lengkap,senang buat kerja. Benjunior tu pun dah suka lakukan kerja rumah sambil main. 


Dah mula dapat pendedahan. 


So silakan membeli mop cordless ni ya. 


#bensafwanreview
























No comments:

Post a Comment