Sunday, 11 April 2021

Backsplash



Isteri minta pasang backsplash baru sebab sayang nak guna pada cement fibre board,maka saya datang dengan idea ini. Cara senang,cepat dan tahan. 


Beli tiles pilihan,alumunium T slot untuk kemasan, Barang lain anda perlu ikut pilihan sendiri. 


Saya guna Xbond,All purpose sealer,FCOT tools mata tiles untuk potong,tape. 


Cara pasang,seragamkan dengan dinding,letak gam setiap keping dan pasang. Tinggal sedikit ruang tepi dan bawah supaya senang untuk kemasan alumunium T slot. 


Dah pasang,tape sementara kering dan adjust spacing. Walau dia datang 1 kaki dah di tape,tapi 1 row sahaja saya guna camtu ( 3 baris ) 


3 baris atas lagi saya pasang satu-satu keping. Cabut dari pelekat jaring dia. 


Spacing saya guna pencungkil gigi je sebab spacing tiles saya di rumah satu lagi. 


Adjust spacing biar cantik sikit. 


Dah siap pasang tiles,boleh pasang alumunium t slot untuk kemasan,tutup kecacatan. 


Dah kering gam,guna all purpose sealer menggantikan simen putih/grout tiles.


Isi setiap celahan dan gosok dengan span . Cara gosok adalah secara membulat. 


Kenapa ? 


Cara ini akan jadi lebih senang,cepat dan tiles bersih. Lap dengan kain. 


Apply sealer pd di celah kemasan aluminium dan bahagian atas supaya hasil kerja kemas. 


Setel. 


#bensafwandiy












No comments:

Post a Comment