Thursday, 11 June 2020

Renovate Rumah DIY Premium.Tebuk Dinding Untuk Pasang Pot Filler



11 Jun 2020. Seperti mana rumah mat salleh atau Yatie Sendayu Tinggi yang pakai pot filler atau bahasa mudahnya paip isi air atas periuk,mesti ada keinginan juga untuk kita rakyat marhaen pakai camni bagi yang berminat . Gambar siap itu dari Pinterest. Rujukan.Seperti biasa,Ben turun dengan barang-barang lengkap mengerjakan dinding. Level ? Profesional. Tengok hasil kerja akhir. Ianya dapat dicapai dengan bantuan tool yang lengkap untuk tebuk dinding, pecahkan tiles.

Sebab seperti B
en cakap,bibik Ben rajin. Berdebu satu rumah pun takde hal. Kuat kerjakan tugasan yang diberi.
Protection Ben juga lengkap. Dari penutup telinga,goggle renang halang debu yang berkesan,penapis udara 3M dan tools.

Oh ya pasal goggle tu Ben ada 3 . Sunglass,safety goggle n swim goggle. Kalau waktu potong konkrit habuk debu paling halus,swim goggle paling elok sbb vacuum seal dia kuat melekat elok. Takde gap.

1st Ben detect di dinding sama ada terdapat wayar hidup/besi/paip air guna detector, lepas tu buat garisan lebar,potong guna grinder dengan mata concrete yang berkualiti. Macam potong ayam je je senang.

Lepas tu sapu dan vacuum dulu . Baru mula hack dengan hammer drill guna mata lurus/pahat dan saiz kecil.


Hasil dia ? Fuhhhh.

Dari masa ke semasa akan diupdate perjalanan progress kerja ini. Video ada di bawah ini.Kena klik web view baru video muncul untuk smartphone atau boleh klik link di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=XsBoMwj-8J0&t=22s




No comments:

Post a Comment