Ok.. hari ni saya nak share teknik atau cara saya mengecat. Sebenarnya teknik ni pun org yg ajar kat saya. Jadi anggapkan saja saya panjangkan sedekah beliau.
Selepas siap kerja2 kita terserah sama ada nak biar kan begitu sahaja atau kita nk coating kan dia. Coating disini bermaksud kita lindungi permukaan dia atau pun kita lapik kan permukaan dia.
Sebenarnya ada mcm2 teknik/cara/jenis coating. Cuma hari ni saya nak share coating clear pada finishing kerja anda. Teknik yang sama juga sekiranya anda ingin menyapu cat berwarna. Kalau anda berminat nak sapu2 produk2 minwax ke boiled linseed oil ke atau yang biasa2 tgk kt youtube mat salleh dok buat tu anda boleh stalk FB sisfu Ari St.. mcm2 produk dia ada hihi
Ok sebelum kita sapu cat berwarna atau pun clear kita perlu "seal" atau alas dulu permukaan benda kerja kita tu. Ibaratnya macam undercoat kalau kita nak mengecat dinding rumah la.. sekiranya kita tak undercoat dinding rumah kita akan nampak berbelak2 atau pun nampak kemasan cat tu tak rata
Macam tu juga dengan permukaan kayu di mana urat2 atau pori2 permukaan nya tak sekata. Jadi sekiranya kita terus menyapu cat/ clear tanpa undercoat cat tersebut akan meresap masuk ke dalam urat2 atau pori2 kayu tu.. tu sebab nampak ada yg kilat ada yang tak kilat
Jadi kita kena undercoat dulu dengan menggunakan "sanding sealer". Fungsi sanding sealer ni akan menutup urat2 dan pori2 pada permukaan kayu. Jadi apabila cat atau clear disapukan ia tidak lagi meresap ke dalam kayu.
Biasanya saya akan spray minimum 3x untuk sanding sealer ni. Dan setiap kali lapisan selepas kering saya gosok menggunakan kertas pasir grit 2xx ke 3xx.. tak perlu tekan kuat2.. Sekadar layang je.. dan biasanya utk kali pertama selepas sanding sealer "bulu2" pada permukaan kerja akan naik.. dan biasanya masa kita gosok tu kelihatan seperti debu2 pada permukaan kerja kita.. xpe.. biar kan nnti kita clear dia hilang
Mengenai nisbah bancuhan sealer dan thinner saya gunakan nisbah 1:1 jadi sealer akan cepat kering lebih kurang 15-20 minit saya dah boleh gosok permukaan itu tadi. Memandangkan saya menggunakan spray gun nisbah ini juga sesuai dengan kadar semburan dimana jika terlalu pekat bancuhan tadi akan menyebabkan spray gun mudah tersumbat.
Jenis clear dan sealer ada saya attachkan sekali. Dan seperti biasa saya tak jual benda2 ni. Kalau berminat boleh deal terus dengan Tobba Tubs
Mcm biasa boleh bertanya diruangan komen dan sekiranya persoalan tidak terjawab sila baca lagi😊
Terima kasih kerana sudi membaca
Mungkin ada kawan2 lain ada teknik atau cara lain boleh share sekali ya😅
No comments:
Post a Comment